Beliau banyak prasangka terhadap rawi dan hadis-hadis itu sendiri. Atas prasangkanya itu jugalah beliau menolak terus hadis-hadis mengenai Imam Mahdi. Seseorang yang membuat kajian mendalam mengenai hal ini dan berusaha mencari kebenaran mestilah mengetepikan sebarang prasangkanya sehingga habis kajiannya itu. Dan jika semasa kajiannya, satu bukti ditemui dalam sebuah hadis, dia hendaklah meneliti pula rawinya untuk membuktikan kesiqahannya pula. Kalau siqahnya dapat disahkan, maka hadis-hadisnya haruslah diterima juga. Adalah tidak adil menurut kaedah pengkajian, bahawa sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang dipercayai, ditolak dengan begitu mudah semata-mata kerana dia ditolak oleh seorang rawi yang lain.
Sikap sebegini bukanlah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang yang berfikiran ilmiah dan sarjana terkenal. Beliau sepatutnya mengkaji lebih mendalam lagi dengan meneliti pendapat ulama-ulama lain mengenai hal yang sama, supaya sikapnya menjadi lebih adil dan pendapatnya tidak dapat disangkal lagi. Orang yang hanya mengemukakan pendapat sebelah pihak sahaja, bukanlah sarjana namanya. Itu fotokopi pendapat namanya. Sarjana hari ini ramai yang bersikap fotokopi pendapat sahaja, sedangkan mereka sepatutnya mengkaji lebih banyak pendapat lain mengenai satu-satu hal.
Keadaan ini menjadikan mereka kelihatan kurang profesional dari segi ilmiahnya sedangkan mereka selalu mendakwa bahawa merekalah golongan profesional. Lihatlah bagaimana ulama-ulama ilmu hadis membuat kajian yang amat mendalam, sangat teliti dan begitu terperinci sebelum mereka menetapkan sesebuah hadis itu sahih, hasan atau dhaif. Itulah sikap dan cara yang sepatutnya mereka tunjukkan, dan itulah sikap yang sepatutnya diamalkan. Itulah profesional namanya, sama ada dari segi ilmiah, sikap, pandangan dan tindak-tanduknya.
Sehubungan itu, Muhammad bin Ahmad bin Osman Zahabi, yang menilai kehidupan Aban bin Taghlib, menulis:
an pada pandangan penulis sendiri, sikap yang ditunjukkan oleh Ibnu Khaldun itu telah menjerat dirinya sendiri, dan akibatnya lebih banyak merugikan diri. Pertama, beliau dilihat tidak bersikap tasamuh terhadap pendapat yang tidak sealiran dengannya. Kedua, sikap sebegini sebenarnya menjatuhkan imejnya sendiri sebagai seorang cendekiawan Islam yang disegani. Ketiga, beliau sendiri yang mengesahkan pendapat ulama lain bahawa beliau bukanlah seorang ulama ilmu hadis, yang layak membuat penilaian terhadap sesebuah hadis.Kalau seseorang membangkang mengapa kami mengisytiharkannya siqah, kerana dengki kepada kenyataan bahawa Aban adalah antara pencipta bidaah, saya menyatakan bahawa: Penciptaan (bidaah) itu ada dua jenis. Yang pertama adalah bidaah saghir seperti pelampau dalam Syiah, atau Syiah yang tidak melampau dan penyelewengan yang tidak berdosa besar. Penciptaan bidaah jenis ini biasa sahaja berlaku pada generasi kedua dan ketiga (zaman tabiin dan tabiit tabiin) daripada Sahabat Rasulullah …
Kalau ini dijadikan ukuran, maka hadis yang diriwayatkan oleh sebahagian rawi akan secara muktamad tertolak, sebilangan besar hadis-hadis Nabi SAW sepatutnya ditolak sama. Kesalahan pendapat ini sebenarnya adalah pendapat individu sahaja. Jenis bidaah yang satu lagi ialah bidaah akbar, seperti menolak sepenuhnya kekhalifahan dan mencerca Sayidina Abu Bakar dan Umar. Dalam hal ini, hadis-hadis yang dibawa oleh orang seperti ini tidak bernilai apa-apa dan sepatutnya ditolak sahaja (tanpa memerlukan alasan lagi).
No comments:
Post a Comment