Wednesday, 23 February 2011

0105 Fatwa Oleh Rabitah Al-Alam Al-Islam

Ramai orang berkata, puak Wahabi tidak mempercayai hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi. Sebenarnya pandangan itu ada yang tepat dan ada yang tidak berapa tepat. Sebenarnya ada banyak pendapat dan fatwa dalam mazhab Wahabi sendiri mengenai Imam Mahdi ini. Antara satu pendapat dengan pendapat yang lain, terdapat perbedaan yang cukup luas, sama saja seperti dalam mazhab Ahlus Sunnah. Antara pendapat mereka itu ialah:

  1. Ada segolongan yang meyakini kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman. Namun, golongan ini adalah minoriti. Akhirnya suara mereka tenggelam oleh suara puak Wahabi yang lebih ramai.
  2. Ada segolongan puak Wahabi yang bersikap tidak peduli mengenai Imam Mahdi ini. Mereka tidak begitu percaya, tetapi pada masa yang sama tidak pula menafikan terus.
  3. Ada segolongan yang hanya menafikan hadis-hadisnya sahaja tetapi mempercayai kemunculan Imam Mahdi. Alasannya hadis-hadis itu terlalu dhaif dan sebagian besarnya adalah hadis maudhuk.
  4. Sebagian besarnya menafikan terus kepercayaan Imam Mahdi ini dan menolak terus hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi. Pada mereka, Imam Mahdi tidak ada, karena tidak pernah disuruh oleh Nabi SAW untuk mempercayainya. Inilah golongan majoriti dalam puak Wahabi, dan suara merekalah yang lebih tertonjol.
  5. Sebagian lagi hanya mempercayai sebagian hadis sahaja mengenai Imam Mahdi dan menolak terus sebagian hadis lagi. Hadis-hadis yang mereka tolak adalah hadis-hadis yang terlalu dhaif, kelihatan zahirnya amat bertentangan antara satu dengan lain atau yang sememangnya maudhuk. Keyakinan mereka kepada Imam Mahdi adalah hampir sama dengan kepercayaan umum dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pendapat mereka ini memang berdasarkan ilmu, bukan semata-mata emosi.
  6. Mempercayai kemunculan Imam Mahdi tetapi menafikan pula kemunculan Panji-panji Hitam. Golongan ulama Wahabi adalah golongan yang berpegang kepada kaedah ini. Hampir seluruh pengikut Wahabi berpegang kepada kaedah ini, karena pegangan demikianlah yang diajarkan oleh ulama Wahabi seperti dalam kitab besar mereka, Fatawal Aqidah. Bagi mereka, kemunculan Imam Mahdi tidak ada kait-mengait langsung dengan Panji-panji Hitam.

Fatwa yang lebih meyakinkan mengenai isu ini telah dikeluarkan di Makkah oleh Rabitah al-‘Alam al-Islami (Muslim World League) pada 11 Oktober, 1976 (bersamaan 23 Syawal, 1396). Fatwa ini menyatakan bahwa terdapat lebih daripada dua puluh orang Sahabat RA yang meriwayatkan hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi, menyenaraikan nama ulama hadis yang menyampaikan riwayat ini kepada kita, di samping nama-nama ulama yang telah menulis kitab mengenai Imam Mahdi. Fatwa Rabitah itu berbunyi begini:

"The memorises (Hafiz) and scholars of Hadith have verified that there are authentic (sahih) and acceptable (hasan) reports among the traditions related to al- Mahdi. The majority of these traditions are related through numerous authorities (Mutawatir). There is no doubt that the status of those reports are Sahih and Mutawatir. (They have also verified) that the belief in Mahdi is obligatory, and that it is one of the beliefs of Ahl al-Sunnah wal Jama'a. Only those ignorant of the Sunnah and innovators in doctrine deny it."

Terjemahannya secara bebas kira-kira begini:

Para hafiz dan ulama-ulama hadis telah mengesahkan riwayat daripada hadis-hadis berkenaan al-Mahdi adalah sahih dan hasan. Kebanyakan hadis ini adalah berbentuk mutawatir. Tidak ada keraguan lagi bahwa taraf riwayat ini adalah sahih lagi mutawatir. (Mereka juga menyatakan) bahwa kepercayaan kepada al-Mahdi adalah sah dan mempercayainya adalah salah satu kepercayaan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Hanya orang yang jahil tentang hadis-hadis dan pencipta bidaah sahaja yang akan menafikannya.”

Untuk mendapatkan teks penuh fatwa berkenaan dan garis panduan menyusun fatwa itu, bolehlah melihatnya dalam buku Al-Bayan Fi Akhbar Sohibuz Zaman, oleh Kanji as-Syafie, cetakan Beirut, tahun 1979 di bagian Pengenalan, muka surat 76-79 dan pada bagian Lampiran. Buku tersebut berbahasa Arab.

No comments:

Post a Comment